THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 2, 2011

IMAN IS 4

Iman genap 4 tahun arini.
4 tahun lepas, Iman lahir lebih kurang pukul 5.40 petang.
Selepas berhempas pulas di labor room dr pukul 8 pagi.
Alhamdulillah.
Masa pregnantkan Iman, aku duduk berasingan dari Asmady.
Tak ada ler nak manja2, nak mengidam itu ini... aku jd sgt independent.
Hanya kawan2 serumah yang melayan aku selama 9 bulan tu...
Mungkin sebab sifat keras hati dan berdikari time mengandungkan Iman, menjadikan Iman sekarang ni pn ada sifat2 tu tp dlm version yg lebih extreme. Fuhh!!
Tp rezeki dpt Iman time tu, masa sdg dlm 7 hari berpantang (berpantang la sgt kau ye?), aku dpt berita yang aku telah di postingkan ke Seremban. Syukur Alhamdulillah. Maknanya aku dah boleh settle down di Seremban.
Sebelum posting tu, sbnrnya aku mcm pengemis merayu2 kat HQ utk segera postingkan aku ke Seremban supaya senang aku uruskan tempat nak bersalin.
Lain la kalau aku ada sedara mara kat Kluang time tu, aku tak takut sgt.
Dengan sebatang kara kat situ, apalah yg aku harapkan melainkan segeralah diposting ke tmpt yang dekat dgn kampung halaman.
Aku jumpa pegawai tertinggi di jabatan sumber manusia ketika itu.
Dengan sinis dan huduh dia boleh cakap ' APA MASALAHNYA BERJAUHAN DARI SUAMI?'
Aku tak ada masalah berjauhan dari laki, tp dlm keadaan aku nk beranak sulung masa tu, tentulah aku mengharapkan laki aku ada dgn aku. Faham???
Kadang2 aku terfikir org2 yang diatas ni tak penah ada anakkah? tak penah mengandungkah? tak penah mengalami apa yang aku alamikah? tak nampak masalah akukah?
Tp hidup ni umpama roda..tak selamanya engkau di atas, dan takkan selamanya aku di bawah.
fair & square..:)
Dah lari pulak dr topik asal..
tp itulah sebahagian dari detik2 dan dugaan sepanjang detik2 kelahiran Iman melihat dunia.
OOhh.. Iman dah besar rupanya... dalam dicium, dalam dipeluk, dalam dimarah, dalam dicubit...Iman membesar juga sebagai anak yg sihat dan cerdik di mata aku.
Aku mengaku aku bukanlah ibu terbaik, tp aku selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 aku.
Happy birthday Iman.. Mama sentiasa mendoakan agar Iman selalu dalam lindungan Allah setiap masa... Dan semoga Iman membesar menjadi anak yang soleh dan bijak. Berjaya di dunia dan di akhirat InsyaAllah.
** gambar di atas diambik pada 27/02/2011~ kitorg buat bday party awal skit dr tarikh yg sebenar. Alang2 dh semua balik kg masa tu, so proceed aje dgn buat makan2. Lebih2 lagik atuk baru dicaj ward time tu. Oh..atuk...tersebut atuk aje membuatkan aku rasa nak menangis... Tabahkan hati2 kami Ya Allah... Kuatkan kami dengan dugaan ini.

Wednesday, February 23, 2011

Bila Allah ingin menguji...

Cerita yg pjg dipendekkan.
Datuk kesayangan kami adlh tak sihat akhir2 ni.
Kami terus berdoa utk kesihatan atuk.
Kalau org lain mungkin 'bond' dgn seorg atuk tu tak begitu kukuh.
Tp aku tak mcm tu.
Aku membesar dikelilingi atuk dan nenek.
Dulu2 aku lebih rapat dgn atuk & nenek berbanding mak abah aku sendiri.
Tp kian hari bila komitmen makin bertambah, agak kuranglah juga masa yg dihabiskan dengan mereka.
Tp dlm hati 'bonding' tu tetap kuat.. Sama mcm dulu.
So bila atuk tak sihat, aku turut sama merasa kesedihannya.
Oohhh...jgnlah menangis lg.
Doa byk2 semoga keadaan pulih mcm biasa.
Doa dan terus berdoa...


**atuk dan nenek kami. Ya Allah, berikanlah kesihatan yg baik untuk mereka berdua.Amin....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 1, 2011

It's 2011

Waahhh.. Kejap je dh masuk thn baru!! Makin singkatkah masa kita kat bumi ni?? Atau aku yg suka buang masa?? Tepuk dada, tanya selera. Selera??? Owhhh.. Aku tak boleh nk bselera sgt skg ni sbb i'm on diet..
Percaya tak?? Tak caya takpe.. Selagi tak terbukti bkesan, aku pn taknk korang percaya. Tp takat ni, alhamdulillah dh membuahkan sedikit hasil. Tak sia2 aku diet kebulur selama ni. But theres a long, long way to go!!!
Dh ada kawan2 yg tegur kat opis.. Ckp aku nmpk susut. Dulu mengata aku gemokkk ye.. Skg korang dok terintai2 menu apa yg aku mkn sampai boleh loose weight. Aku makan hinaan korang la weiii sampai aku jd gini! Tp ni lom kurus lg... Aku ada lg 2 bln utk betul2 dptkan berat bdn ideal! Ada sekor anak kambing yg kena kuarkan dr badan akakkk korang niii!! Tunggu aje le ye.

Ohhh..thn baru ni sbnrnya excited nk htr iman skool. Dan sgt happy sbb dh ada la peneman aku kat umah lps ni. Tp sedih sbb ilham masih dok bangi. Takpe ilham, its for ur own good.. Nanti ilham dh 4 yrs old, ilham skool kat tmpt abg jugak ye. Very soon dear...

Semoga segala perancangan dipermudahkan olehNya.




Happy new year all... Byebye double chin!! Muahahah!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, December 25, 2010

Suka duka Disember 2010


Emmm where do i begin....

Mcm2 yg terjadi Disember ni... Kejap rasa masa berlalu. Ada yg suka , ada yg duka.

5 Disember
Kelahiran sepupu aku baby Hazim yg mgembirakan seluruh family. Semua syg baby comel ni. Rasa nk gigit dia sbb comelll sgt.


Inilah baby hazim time umur dia 2 hari. Ilham excited sgt!


20 Disember
Mulanya pg2 tu sgt happy, excited dan bdebar sbb arini iman akan mulakan trial period for daycare kat Tadika Tinkerbell.
Tapi kemudiannya, lebih kurg pukul 10am, dpt call dr asmady ckp paklong iman dh meninggal pukul 9am. Terus rasa panik, dan blurr. Tak tau nk buat apa. Lps tu kitorg packing dan terus blk pilah. Mmg paklong iman dh 2 tahun buat operation utk brain tumor. Tp lps tu dia sihat aje wpun dia tak nmpk. Tp lately, dia kurg sihat dan penah warded pn. Kalau ikut2 kan, mmg sedih... Tp Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. Inilah pengalaman pertama aku tgk jenazah dpn mata, tmpt mandi jenazah, dan keranda... Cuma aku tak bkesempatan nk tgk masa pengebumian abg sani. Keadaan aku yg berkelintau dgn anak kecik ni, memustahilkan aku utk ke kubur.

Inilah yg aku katakan suka duka disember. Dlm tempoh sebulan, mcm2 perkara yg tak disangka2 terjadi. Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yg menentukan segalanya. Al- fatihah utk arwah Abdullah Sani Bin Alias ( 1971- 2010 ).


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 5, 2010

Lamanya...

Wahhh.. Dh berhabuk blog ni ye. Lamanya tak menulis due to kesibukan weekdays n keributan weekend.
Tp rasanya arini special skit kot sbb kitorg bakal dpt sepupu baru!!!! Insyaallah arini, takpun esok. Sgt excited, happy.. Mcm2.
Dlm hati tak putus mendoakan makcu akan bersalin dgn selamat.. Dan Sihat keduanya. Aminnn..
Tp sblm bersalin sempat jugak kami menikmati lasagna air tgn makcu. Yummehhh.. Kalau tak kerana diet, dh tentu belasah habis2an. Tq makcu!
Last but not least, we are looking forward for the new version of hariz... !!




-ini la lasagna yg sedap sgt.. Dh tinggal separuh dh time ni..!



Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 16, 2010

Time to go home

@4.22am... Br lps buat aktiviti kembara...perghhh dh lama tak buat mende mcm ni, rasa seram mmg ada. Last sekali aku buat aktiviti mcm ni rasanya dlm 10 thn lps kot. Time tu kem BTN kat gua kelam perlis. Tp time tu stamina tinggi beb.. Lgpun masih muda. Skg ni rasanya pancit skit pehtu sifat penakut tu makin mekar plak dlm diri aku.
Apapun aku selamat menjalani aktiviti ni. Mula2 jln dlm kebun sawit secara group.. Pehtu ssmpai kebun getah, dilepasnya kita sorg2 dlm kebun tu!!!gelap gelita.. Cuma bpandukan cahaya yg dorg buat. Belasah je la. Aku siap bwk surah yasin lg masuk utan. Takut benar gamaknya!
Pengalaman kan.. Redho je la.. Lgpun semangat nk blk umah mengatasi segalanya!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 15, 2010

BTN @ savannah hill ulu tiram

Dah masuk ari ke 3 arini aku kat kem BTN ni..
Esok blk..
Takleh nk online lama2... Jadual sgt packed.
Jumpa lg nanti!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone