THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 31, 2010

Ujian-Nya

Malam selasa minggu lepas, aku keluar dinner mcm biasa. Asmady ajak tgk movie, tp aku takder mood. Dah sampai TGV Jusco S2, aku masih ckp dgn asmady aku letih dan nak balik tido. So, kitorg pn balik je. On the way balik, aku dpt sms mak bgtau didi kena air panas kat opis. Tp sejauh mana seriusnya mak tak tau sbb kawan2 didi yg call. Aku cuma reply, 'kalau didi dh balik nanti bagitau emi mcm mana keadaan dia ek'.
Tak lama lepas tu, mak aku call.
mak: kak long, kawan didi kata diorg htr didi gi hospital serdang.
aku: ler, kata kena air panas je, kenapa sampai bwk gi hospital?
mak: teruk kot?
aku: abih camaner ni? abah ada?
mak: abh ada, tp dia tak sihat sgt tu...
aku: takper la, emi ngan asmady g tgk didi...kesian abh.
mak: eh, tak payah la,jauh2 tu nk dtg sini.
aku: boleh je..
mak: takyah la.
aku: takpun emi tepon alang, mintak dia tgkkan didi
mak: ok, tepon la alang ke, pakcu ker.
emi: ok, bye
dan aku terus call pakcu. dan seterusnya sehinggalah didi warded pukul 3am ari selasa tu.
rupanya teruk jugak dia kena tu. bkn takat kena air panas, tp menurut dia, ada benda meletup yg menyebabkan air panas tu tersimbah kat tgn dia. Mujur tak kena whole body atau muka.
Aku tak sampai ati nk ambik gmbr dia dgn keadaan dia mcm tu. Kesian sgt masa mula2 tgk dia kat wad. Rasa nak menangis (aku ni mmg cembeng skit)...tp benda nk jadik, apa kita boleh buat.
Dan time aku tulis ni, didi sdg recover..InsyaAllah..dan dh discaj pun. Skg sdg berehat kat rumah.
Mcm yg mak aku ckp dgn didi, ni sumer ujian Tuhan kat kita semua. Kena muhasabah diri balik. Time nk buat keje tu ada tak baca bismillah, semayang tak aritu..blablabla..biasa la mak aku..sambil nasihat, sambil dia kenakan kita balik...!
Tp bila jadi benda mcm ni, aku tgk mak mmg cool. Satu sifat yang tak ada langsung dalam diri aku. Dia tak terkocoh2 nak pegi hospital mlm tu jugak. Dia tak desak aku balik mlm tu jugak utk tgk didi. Dia sangat sabar untuk tunggu the very next day utk tgk didi. Betapa tabahnya hati mak aku. Asmady pn ckp mcm tu. Mmg salute kat mak. Kalau aku agaknya, dh lama pengsan. Tp mungkin mak tak tunjukkan depan kitorg yg dia resah, gelisah. Aku cuma nampak zahirnya aje.
Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu. Bila susah kita carik mak. Tp bila senang, jarang2 sekali kita ingat mak kita,kan? Dulu time didi operation telinga, mak jugak yg tunggu dia kat wad sama2 dgn aku. Mak yang pegang tangan dia spjg dia menahan sakit. Kali ni, mak jugak yg mandikan dia, syampukan rambut dia, tido dgn dia. Alangkah besarnya pengorbanan mak kat kitorg. Aku ni pulakm time bersalin Iman dulu, selain Asmady, mak jugak yg berada di sisi aku spjg aku dlm labor room, sampailah aku bersalin. Punyalah kuat semangat mak menengok aku bagai nk putus nyawa utk bersalin time tu. Aku harap aku punya kekuatan macam mak.
Eh,dh mcm kuar dr topik asal plak kali ni. hehhe..Asalnya nk citer pasal didi tu aje. Meleret2 sampai citer pasal mak aku plak. oklah, doakan adik aku cepat2 sembuh supaya dia boleh terus kerja dan menjalani kehidupan normal. Sengsara aku tgk tgn dia berbalut mcm robot. Dan untuk semua, berhati2 dia mana jua anda berada. Malang sangat tak berbau.

Friday, May 21, 2010

Our 5th Anniversary

Walaupun bdk2 tak ada kat umah, aku jarang2 jugak nak update blog.
kalau tak ada citer menarik, jgn harap la kan.
tp bdk2 ada kat sbn since selasa aritu.
mak aku hangkut sumer balik seremban sebab asmady kena training kat KL.
kl-seremban bukan jauh pun, tp asmady malas nk menempuh jem pagi2 tu..so better dia stay kat hotel..provided pun.
so tinggallah kitorg kat umah.
best.
smlm aku cuti.
dh alang2 cuti, kitorg meredah lautan manusia ke Jusco J card day!
owhh.. bkn best sgt spt yg digambarkan pun.
tp sementelah dh meredah hujan nk sampai ke situ, maka eloklah membeli kemudian blahh.
tu la pertama kali dlm hidup aku gi jenguk jusco time j card day.
sblm2 ni, tak minat plak nk pegi.
Mlm td mak aku dh balik.
tinggallah kami anak2 beranak.
so, arini pun tak ke mana2..lepak2,tido2 aje kat umah.
lupa plak, arini ulangtahun yg ke 5 perkahwinan kitorg (terasa ayat sgt skema)
thn lepas time2 mcm ni, aku sdg peknenkan ilham...sdg sarat gilersss rasanya time tu.
tp mcm biasa, tak ada celebration apa2.
dah biasa mcm ni..so aku tak rasa apa2.
lgpun hadiah dh dpt awal aritu.. merangkap hadiah birthday jugak laki aku kata.
opppss..arini besday adik aku jugak.
kebetulan aritu aku nikah time besday didi.
senang la nak ingat tarikh2 gini..:)

Monday, May 10, 2010

kehilangan

lamanya tak jenguk blog sendiri.
tak sempat, coverage line pn cam hampeh, laptop rosak..etc..etc..
semua menyumbang kepada kegagalan menjenguk blog sendiri (wahh,ayat..tak hengat2)
takper la, walaupun byk yg menarik nk dikongsikan..tp yg dh lepas tu, lepas la..
kita moving forward..:)
sbnrnya.. sejak 2 minggu yg lepas, iman dgn ilham tak duduk dgn kitorg during weekdays..
cuma weekend aje kitorg ambik diorg dan duduk sekali..
sedeynyaa jgn ckp la... tak ada perkataan yg sesuai utk describe mcm mana sedey nya aku bila terpaksa tinggalkan budak2 tu kat bangi...
'diorg selamat kat sana berbanding duduk dgn bibik kat sbn'..asmady ckp.
tak ada bantahan..mmg semuanya akan selamat di bawah pengawasan mak ayah aku..fine.
tp aku sendiri la yg mcm org tak betul kat umah.
rumah jd sunyi..sgt sunyi...
tekak aku pn tak sakit mcm selalu sbb ari2 dok jerit kat iman..
rumah tak bersepah..
tp aku rindu dgn semua tu..:(
aku nk dgr suara iman, suara ilham..aku nk menjerit2 kat iman mcm biasa, aku nk rumah ni bersepah mcm tongkang pecah (who cares anyway?).
aduhh...aku blm penah berpisah lama2 dr dorang. paling lama aku berpisah dgn iman time umur dia 6 bln..aku terpaksa gi seminar kat Penang utk 4 hari. itulah paling lama.
dengan ilham mmg tak penah berpisah langsung..
bila kena terpisah mcm ni, rasa mcm dihiris2 hati aku ni..especially time2 ari isnin,selasa...
dulu bergaduh dgn iman sbb nak tgk tv...skg ni tgk la tv puas2..takder sapa nk berebut channel dgn aku..tp aku tak tgk tv pn...
everything reminds me of them..
kdg2 bila sampai perasaan rindu tak tahan, aku mcm boleh terbau2 bau pipi dorang..
alangkah!...
aku tak penah lupakan dorang walau sesaat,walau sedetik...segala2nya mengingatkan aku pada dorang.
dulu, sharp pukul 5ptg, akulah yg paling awal punch out utk balik rumah...tak sbr nk jumpa budak berdua tu..kdg2 singgah petronas belikan something utk iman sbb dia slalu tanya, 'mama ada belikan mainan dia?'.....'dia' merujuk kepada diri dia sendiri...comelnyaaa..!
tp skg, selagi masih ada org kat opis, selagi tu la aku akan duduk kat situ...kawan2 sumer pelik sbb tak penah2 aku balik lambat, tetiba seminggu dua ni akulah yg paling lmbt balik...
awal2 dulu lagik teruk..bila aku sampai umah, kalau asmady blm sampai, aku akan tunggu asmady kat bawah...bila dia sampai, barulah aku naik atas....aku tak sanggup sorang2 naik atas tgk bilik dia, tgk mainan dia...aargghhhhhhh...mcm tak bernafas..
tp skg, emosi lebih terkawal walaupun sbnrnya aku cuba menahan @ melawan perasaan sedih ni....
aku yakin 'perpisahan' ni takkan lama..
moga2 iman makin mesra dgn bibik baru...dan asmady menaruh kepercayaan pd bibik ni, barulah boleh bawak iman balik sini. ..it wont be long...
kawan2 aku ada yg kata, best la honeymoon skali lagik...berdua2an jek kat umah.. what the hell? korang tak rasa,so korang jgn byk bunyik... pehtu ada pulak yg merungut tak cukup tido sbb jaga anak tak sihat... aihh..bersyukur la dgn apa yg ada... at least ko ada anak utk dipeluk,dicium tiap hari...berbanding dgn aku yg dpt tgk gmbr dan dgr suara aje utk 5 ari berikutnya.Apalah sgtnya tak cukup tido tu...esok tuhan bg ko tido tak bgn2 terus,ha..baru tau.
cukup la ni kan..esok buleh tulis lagik...
mungkin post kali ni agak emo skit...tp mmg aku sdg emo pn..tak kira sbn-bangi ni jauh ke idak..yg penting anak2 aku tak ada depan mata mcm selalu. aku rasa kehilangan...totally lost.