THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 10, 2011

Dugaan mereka di Madinah

Malam sabtu aritu dpt sms dr mak bgtau ada sorg jemaah perempuan
( maybe dr mesia) jatuh dr tkgt 9 dan meninggal. Mak punyalah seram, sebab mak kata bila dia blk dr solat asar, mayat masih ada di bwh hotel tu.
Abah pulak call ckp jemaah tu melayang dr tgkt atas dan jatuh betul2 depan abh!!! Abah ckp kalau abh nak rakam detik2 dia terjatuh tu pn boleh sbb mmg dekat sgt. Tp dek kerana terkejut dgn kejadian tu, takde le nk rakam segala. Tp abh mmg trauma. Abh ckp nk g mekah iman kena kuat sbb dugaan dtg dlm berbagai bentuk.

Pagi ni baca paper, ada berita ttg jemaah perempuan yg meninggal jatuh dr tgkt 9 di hotel al- haram madinah. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beramal soleh. Hanya Allah yang Maha Mengetahu segala sesuatu.

Ni keratan akhbarnya





Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.




- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments: