THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 2, 2011

IMAN IS 4

Iman genap 4 tahun arini.
4 tahun lepas, Iman lahir lebih kurang pukul 5.40 petang.
Selepas berhempas pulas di labor room dr pukul 8 pagi.
Alhamdulillah.
Masa pregnantkan Iman, aku duduk berasingan dari Asmady.
Tak ada ler nak manja2, nak mengidam itu ini... aku jd sgt independent.
Hanya kawan2 serumah yang melayan aku selama 9 bulan tu...
Mungkin sebab sifat keras hati dan berdikari time mengandungkan Iman, menjadikan Iman sekarang ni pn ada sifat2 tu tp dlm version yg lebih extreme. Fuhh!!
Tp rezeki dpt Iman time tu, masa sdg dlm 7 hari berpantang (berpantang la sgt kau ye?), aku dpt berita yang aku telah di postingkan ke Seremban. Syukur Alhamdulillah. Maknanya aku dah boleh settle down di Seremban.
Sebelum posting tu, sbnrnya aku mcm pengemis merayu2 kat HQ utk segera postingkan aku ke Seremban supaya senang aku uruskan tempat nak bersalin.
Lain la kalau aku ada sedara mara kat Kluang time tu, aku tak takut sgt.
Dengan sebatang kara kat situ, apalah yg aku harapkan melainkan segeralah diposting ke tmpt yang dekat dgn kampung halaman.
Aku jumpa pegawai tertinggi di jabatan sumber manusia ketika itu.
Dengan sinis dan huduh dia boleh cakap ' APA MASALAHNYA BERJAUHAN DARI SUAMI?'
Aku tak ada masalah berjauhan dari laki, tp dlm keadaan aku nk beranak sulung masa tu, tentulah aku mengharapkan laki aku ada dgn aku. Faham???
Kadang2 aku terfikir org2 yang diatas ni tak penah ada anakkah? tak penah mengandungkah? tak penah mengalami apa yang aku alamikah? tak nampak masalah akukah?
Tp hidup ni umpama roda..tak selamanya engkau di atas, dan takkan selamanya aku di bawah.
fair & square..:)
Dah lari pulak dr topik asal..
tp itulah sebahagian dari detik2 dan dugaan sepanjang detik2 kelahiran Iman melihat dunia.
OOhh.. Iman dah besar rupanya... dalam dicium, dalam dipeluk, dalam dimarah, dalam dicubit...Iman membesar juga sebagai anak yg sihat dan cerdik di mata aku.
Aku mengaku aku bukanlah ibu terbaik, tp aku selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 aku.
Happy birthday Iman.. Mama sentiasa mendoakan agar Iman selalu dalam lindungan Allah setiap masa... Dan semoga Iman membesar menjadi anak yang soleh dan bijak. Berjaya di dunia dan di akhirat InsyaAllah.
** gambar di atas diambik pada 27/02/2011~ kitorg buat bday party awal skit dr tarikh yg sebenar. Alang2 dh semua balik kg masa tu, so proceed aje dgn buat makan2. Lebih2 lagik atuk baru dicaj ward time tu. Oh..atuk...tersebut atuk aje membuatkan aku rasa nak menangis... Tabahkan hati2 kami Ya Allah... Kuatkan kami dengan dugaan ini.