THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 5, 2010

perompak yg celaka

kejadian berlaku sgt pantas
dlm pukul 5.30am pintu bilik yuni ketuk
dia kata ada org kat bawah cuba nak masuk rumah
terus mak suruh yuni masuk bilik iman dan kunci
tinggal aku dgn mady kat living hall atas terpinga2 dan pikir cepat2 nk buat apa.
tiba2 aku dgr mak menjerit 'tolonggggggggggg' dengan kuat tp ada dengar bunyik menggigil skit.
serentak tu jugak, aku masuk toilet dan call 999
dgn terketar2 aku bgtau maklumat semua, tp kemudian pempuan tu suruh aku tunggu sehingga disambungkan dengan polis
telefon polis tak berangkat
aku terus tekan button cancel dan suruh mak bukak pintu bilik
rupanya dlm bilik mak dah berkomunikasi dgn budak2 bujang belakang rumah tu
ada dalam 4 org kot diorg siap pegang pisau potong daging kuar dr umah dan pastikan takder sapa2 kat situ
bila dh rasa selamat baru kitorg turun
rupanya penceroboh tu dah berjaya bukak pintu kayu dan mangga solex grill
ada kesan umpilan kat grill
mungkin time nk bukak grill tu dia dgr yuni berlari naik atas dan diorg terus lari
masih ada kesan tapak kaki basah kat sekitar luar rumah

aku masih berdebar2 time ni
walaupun benda ni berlaku 4hb januari 2010, as at today is 5th january 2010, aku masih trauma
tp Alhamdulillah semuanya selamat terutama anak2 dan mak aku.
semalam, aku nak gi toilet kat opis sorg2 pun takut
naik turun lif sorg takut
gi parking lot pun takut
rasa sangat tak selamat
untuk semua yg terjadi, kitorg decide utk hantar yuni balik
aku tak nak bertanggung jawab kalau jadi apa2 kat dia
lebih selamat dia balik
selamat juga untuk kami

itulah antara peristiwa yg takkan aku lupakan seumur hidup
rupanya opening untuk 2010 ni sangat buruk
mungkin ini pn peringatan untuk kami yg selalu leka

leganya dh dpt update entry ni
sbnrnya aku takder daya nk tulis ni semua
kalau boleh nk lupakan apa yg terjadi
tp tak boleh
benda tu keep on playing on my mind mcm pasang cd pulak
tp arini getting better
lebih stabil dan lebih yakin
cuma bila gi opis kepala asik teringat mak dgn bdk2 kat umah
tp kami dh berusaha menyediakan kelengkapan keselamatan untuk diorg
Insyaallah semuanya terkawal

dari semalam aku cuma tido mungkin 2 jam kot
selainnya aku berjaga dalam ketakutan
tp sampai bila aku nk hidup ketakutan macam ni
arrghhhhhhh...tensionnya! aku rasa blood pressure aku mesti naik skg ni
celakalah kamu wahai perompak!

3 comments:

ibu ilham said...

iisshh... harus berjaga2 nie... rasa nyer baru lg kak emy citer ttg rumah jiran kak emy kene masuk pencuri... tak sangka lak dia nak masuk umah kak emy... mmm saya pernah terbaca la, seblm nak tido tu byk2 baca ayat kursi... ayat kursi boleh jd pelindung... bukan utk keluarga kak emy jer... utk jiran2 jugak... insyaAllah... semuanye selamat... :)

ibu ilham said...

yg penting... keluarga semuanya selamat... alhamdulillah.. :)

mama_najmy said...

tu la husna,takut sgt skg ni. tp bila dh psg security alarm ,rasa confident skit..tp masih berjaga2.
akak penah jugak baca pasal ayat kursi jadi pelindung ni,dan mmg itulah yg kitorg amalkan sejak kejadian curi kat umah sebelah tu.:)